~::..lost oppurtunity to meet these eye but i ♥ them ..::~


...What i kNow aBout MySelf is alwaYs noT tHink tHaT i'm dOne or satisfied on mYselF,,,so i'M aLwaYs tRy to MakE imProvEmenT to be The BeTTer and Be a Star.. nOt MoVie Star buT sTar to The beaUtiFuL sKy....


Monday, December 6, 2010

.::..jUsT Be yOurSeLF...!!!..::.

I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠)

Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang harinya di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengomel tentang kenaifan dirinya sendiri...

Di bawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata kepada dirinya sendiri, "Malangnya diri ini...alangkah baiknya kalau aku diciptakan sebagai matahari yang besar, hebat, tinggi dan penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa sahaja yang aku suka." Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. sedang dia asyik berfikir tiba-tiba keadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongak dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

"Wah, awan lebih hebat rupanya! ia boleh memadamkan kekuatan cahaya matahari."

Dia mula berfikir tentang dirunya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, bebas berarak ke mana-mana dan mengalahkan sang mentari," tingkahnya dalam diri.

Matanya leka mengekori awan yang berarak megah dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah apabila membelah bukit yang tinggi.

"Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan!" Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersergam. "Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasa selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca. Rupa-rupanya bukit yang tersergam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu.

"Dan pemecah batu itu ialah aku!"

Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari. Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku." Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya denga penuh rasa syukur dan tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut....~



Benar, manusia jarang melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dengan kaca mata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah kepada diri sendiri. Manusia seperti itu tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama-lamanya..sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yang berpanjangan...semoga Allah membuka pintu hati kita agar kita mampu menilai diri sendiri dan sentiasa bersyukur atas kurniaNya...wallahualam...~


2 comments:

dYaNa said...

great tazkirah dear...huhu~
saye mybe trmasuk lam glongan xbrsyukur sometimes..=(

i'll change it....

sugar2 kapas strawberry said...

betul tu..ALLAH da cipta kita sbg sebaik2 dan sempurna sbg ciptaan DIA