~::..lost oppurtunity to meet these eye but i ♥ them ..::~


...What i kNow aBout MySelf is alwaYs noT tHink tHaT i'm dOne or satisfied on mYselF,,,so i'M aLwaYs tRy to MakE imProvEmenT to be The BeTTer and Be a Star.. nOt MoVie Star buT sTar to The beaUtiFuL sKy....


Sunday, October 24, 2010

peSaN mAK teNTaNg HiDUp n CIntA...


I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠)



"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa.
Apabila kita
jatuh cinta pada seseorang,
itu tandanya ada
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu
di atas
jalan dakwah ni..
Tetapi kita kena INGAT..
Kita tak
akan dikahwinkan dengan
seseorang atas sebab jatuh
cinta
atau saling cinta mencintai..
Bercouple
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin...
Kerana kita
berkahwin dengan jodoh kita,
jodoh yang ALLAH dah
tetapkan sejak azali..
Dan tak mustahil orang yang
kita paling benci itulah jodoh kita
yang kita akan
dikahwinkan dengannya.."


"ALLAH itu Maha Adil..
Dia tak pernah menzalimi
hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi
hambaNya
ialah diri hamba tu sendiri..
Sebabnya
hamba tu degil.
Dia mahukan yang bukan haknya,
yang
bukan milik dia.
Mencintai
seseorang TIDAK semestinya memilikinya.

Dalam ISLAM, kita dah diajar
untuk saling mencintai
antara satu sama lain
seperti diri sendiri..
Jadi
apabila kita mencintai saudara perempuan,
kita
bebas peluk dia.
TETAPI bila dengan lelaki,
kita
ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas
ini suatu
diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat
itulah
yang memelihara kehormatan
seorang lelaki
dan seorang perempuan.
Cuba kakak renungkan,
kita
mengenali seorang insan yang amat baik,
sempurna
agamanya dan rajin.
Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan
jodohnya dengan insan lain,
kita
pula
dengan yang lain..
TETAPI itu tidak bermakna
ukhwah
antara kita dan
dia terputus..
Kita
dan
dia sama-sama mencari redha ALLAH..
Kita
dan dia masih boleh sama-sama
bekerjasama untuk mencari redha ALLAH..
Perbezaannya
, dia halal untuk isterinya
sedangkan
untuk kita,
dia tetap lelaki ajnabi seperti yang
awalnya."


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham,
jat
uh cinta bukan perkara luar biasa..
Dan berkahwin pun
bukan suatu
jaminan untuk tak
jatuh cinta
pada
lelaki lain..
Kerana itulah ramai isteri yang
curang,
suami yang CURANG..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.
Apa yang
penting ialah
kita
kena perjelaskan pada diri kita
supaya setiap kali kita jatuh cinta,
jatuh cinta
itu KERANA kita
jatuh cinta
kepada Pencipta dia.


Kita bagi tau pada diri kita
berulang kali
yang
kita mencintai ALLAH,
kerana itu kita mencintai si
dia.
Letakkan ALLAH sebagai SEMPADAN hati kita,
segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah
adalah kerana mencintai ALLAH..

Dan apabila kita membenci
seseorang atau sesuatu,

beri tahu pada diri sendiri berulangkali
yang kita
benci sekian-sekian hal
kerana ALLAH semata-mata."



"Kakak.. Hati kita ni walaupun
dalam dada kit
a sendiri,
ia tetap BUKAN milik kita.
Kita tak mampu
untuk mengawalnya. .
Hanya ALLAH yang boleh
memegangnya. .
Sebab tu kita kena dekatkan diri
dengan ALLAH..
Sebab kita nak dia pegang kukuh-
kukuh hati kita.
Bila dia pelihara dan masuk dalam
hati kita,
itulah nikmat lazatnya bercinta.
Masa
tu biarpun satu dunia menyakiti kita,
kita
tak rasa
sakit sebab kita asyik
dengan nikmat bercinta
dengan ALLAH..
Bercinta
dengan ALLAH sangat berbeza

dari bercinta dengan manusia.
Kerana tentulah
pegalaman
bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,
sempurna
dan bijaksana TAK SAMA rasanya bercinta

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..
Betapa nikmatnya cinta ALLAH,
HANYA mereka yang
pernah
merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang
ALLAH hantark
an untuk kakak,
terimalah
dengan hati yang redha..
Tak
mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau
yang kakak sayang, tak jadi hal lah..
TAPI kalau
dapat yang kakak tak nak,
lantaran kelemahan yang
ada pada dia,
INGATLAH bahawa dalam diri setiap
insan
telah ALLAH ciptakan dengan kelebihan masing
-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan
yang dapat
mengubah si lelaki tadi
supaya hidup dia bermakna
dan
mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia..
Mungkin juga si
lelaki ini ada sesuatu kelebihan
yang kakak
sangat-sangat perlukan
yang satu dunia tak mampu
bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti
setiap pemberian Allah dan belajar untuk BERSYUKUR... "







2 comments:

Suaida said...

diyana...
pesanan nie amat berharga n bermakne tu diri ku... mintk izin nk share ye..
:)
tq

diaNe(",) said...

su,,dis post have made by him not me...bru taw ni...kita same2 share k...:)
tenx dear for dis post...nk test sempat lg ek conteng2 blog? hee,,-lots of love- :)