"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa.
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang,
itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu
di atas jalan dakwah ni..
Tetapi kita kena INGAT..
Kita tak akan dikahwinkan dengan
seseorang atas sebab jatuh cinta
atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin...
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita,
jodoh yang ALLAH dah tetapkan sejak azali..
Dan tak mustahil orang yang
kita paling benci itulah jodoh kita
yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
"ALLAH itu Maha Adil..
Dia tak pernah menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya
ialah diri hamba tu sendiri..
Sebabnya hamba tu degil.
Dia mahukan yang bukan haknya,
yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang TIDAK semestinya memilikinya.
Dalam ISLAM, kita dah diajar
untuk saling mencintai antara satu sama lain
seperti diri sendiri..
Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,
kita bebas peluk dia.
TETAPI bila dengan lelaki,
kita ada batas-batasnya.
Orang kafir kata batas-batas
ini suatu diskriminasi,
tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah
yang memelihara kehormatan
seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba kakak renungkan,
kita mengenali seorang insan yang amat baik,
sempurna agamanya dan rajin.
Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain,
kita pula dengan yang lain..
TETAPI itu tidak bermakna
ukhwah antara kita dan dia terputus..
Kita dan dia sama-sama mencari redha ALLAH..
Kita dan dia masih boleh sama-sama
bekerjasama untuk mencari redha ALLAH..
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya
sedangkan untuk kita,
dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya."
"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham,
jatuh cinta bukan perkara luar biasa..
Dan berkahwin pun bukan suatu
jaminan untuk tak
jatuh cinta pada lelaki lain..
Kerana itulah ramai isteri yang curang,
suami yang CURANG..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.
Apa yang penting ialah
kita kena perjelaskan pada diri kita
supaya setiap kali kita jatuh cinta,
jatuh cinta itu KERANA kita
jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita
berulang kali yang kita mencintai ALLAH,
kerana itu kita mencintai si dia.
Letakkan ALLAH sebagai SEMPADAN hati kita,
segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah
adalah kerana mencintai ALLAH..
Dan apabila kita membenci
seseorang atau sesuatu,
beri tahu pada diri sendiri berulangkali
yang kita benci sekian-sekian hal
kerana ALLAH semata-mata."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun
dalam dada kita sendiri,
ia tetap BUKAN milik kita.
Kita tak mampu untuk mengawalnya. .
Hanya ALLAH yang boleh memegangnya. .
Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan ALLAH..
Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita.
Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita,
itulah nikmat lazatnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita,
kita tak rasa sakit sebab kita asyik
dengan nikmat bercinta dengan ALLAH..
Bercinta dengan ALLAH sangat berbeza
dari bercinta dengan manusia.
Kerana tentulah pegalaman
bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna
dan bijaksana TAK SAMA rasanya bercinta
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..
Betapa nikmatnya cinta ALLAH,
HANYA mereka yang pernah
merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang
ALLAH hantarkan untuk kakak,
terimalah dengan hati yang redha..
Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah..
TAPI kalau dapat yang kakak tak nak,
lantaran kelemahan yang ada pada dia,
INGATLAH bahawa dalam diri setiap insan
telah ALLAH ciptakan dengan kelebihan masing -masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan
yang dapat mengubah si lelaki tadi
supaya hidup dia bermakna dan
mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia..
Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan
yang kakak sangat-sangat perlukan
yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk BERSYUKUR... "
2 comments:
diyana...
pesanan nie amat berharga n bermakne tu diri ku... mintk izin nk share ye..
:)
tq
su,,dis post have made by him not me...bru taw ni...kita same2 share k...:)
tenx dear for dis post...nk test sempat lg ek conteng2 blog? hee,,-lots of love- :)
Post a Comment