Seorang pelajar ialah musafir yang berada dalam satu perjalanan yang jauh. Kejayaan saya adalah untuk menamatkan perjalanan dan meraih kecemerlangan. Kesusahan tidak akan berpanjangan. Apabila saya menamatkan pengajian dengan berbekalkan segulung ijazah, pehit getir alam pelajar akan berakhir. Namun selagi saya bernama pelajar, tugas saya tetap untuk belajar..!!!
Saya harus mempunyai KUNCI KETAHANAN JIWA SEBAGAI SEORANG PELAJAR.
Saya hendaklah bersabar dalam banyak situasi; antaranya : -
-Dalam menghadapi karenah kawan
-Kekurangan kewangan
-berjauhan dengan keluarga
-keletihan fizikal saban hari
Selain itu, saya harus menanamkan sifat tidak mudah putus asa. Antara yang perlu saya buat ialah:-
-faham bahawa kegagalan sering bertandang
-kekalkan solat pada awal waktu
-berguru dengan guru/kawan yang alim
-SMS dan berhubung dengan kawan-kawan apabila rasa tertekan
-minta pandangan orang lain apabila berasa buntu
-elak berseorangan
-apabila ditimpa musibah, jangan menangis, sebaliknya menjeritlah sekuat sambil genggam kedua-dua belah tangan dengan kuat
Namun apa yang bermain difikiran saya adalah...perlukah saya menamatkan phubungan itu walhal ia tidak membebankan saya..sebaliknya, pelajaran saya semakin baik dan cemerlang...saya tidak menafikan bahawa itu semua adalah rahmat Allah atau takdir untuk saya..dan itu semua datangnya dari hasil usaha saya yang tak pernah kenal apa itu jemu dan putus asa.....gagal sekali tak bermakna gagal selamanya <
No comments:
Post a Comment