I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠✿)
Emosi atau perasaan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kehidupan seseorang agar menjadi lebih baik dan juga sebaliknya. Terdapat 2 jenis emosi yang mempengaruhi manusia iaitu emosi positif dan emosi negatif. Contoh emosi positif adalah seperti gembira, sabar, redha, memaafkan, dan bermacam2 lagi manakala emosi negatif pula dalah seperti sedih, marah, sakit hati, dendam, kecewa dan sebagainya.
Menukar emosi negatif kepada emosi positif adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran boleh dipelajari oleh sesiapa saja termasuk Anda dan juga saya sendiri. Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar je. Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja dan ada juga yang memang x pandai langsung.
Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?
Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali anda sedar yang anda sedang berada dalam emosi negatif. Anda tidak perlu menunggu sesuatu perkara yang besar berlaku dalam hidup anda untuk berlatih menukar emosi. Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua dan bila-bila masa tidak kiralah situasi itu melibatkan anda secara lansung ataupun tidak.
Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh kalau boleh sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri anda. Anda akan dapat mengawal diri dan tindakan yang anda akan ambil respon dari situasi yang berlaku tadi. Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).
Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan. Tanggapan ini boleh jadi bermacam2 jenis. Ada yang baik dan ada yang buruk. Dalam fikiran itu, anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi anda apabila melihat sesuatu situasi.
Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta. Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.
Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.
Anda boleh lakukan perkara yang sama. Disiplinkan diri dan minda, cuba kawal emosi yang bermain di kepala Anda. Menukar emosi negatif kepada yang positif tidak susah jika anda sentiasa berada dalam keadaan yang positif. Jadilah seorang yang positif selalu. Berlatih, berlatih dan terus berlatih! Kuatkan semangat..
1 comment:
kenape tulisan xnmpk..huh!
Post a Comment