~::..lost oppurtunity to meet these eye but i ♥ them ..::~


...What i kNow aBout MySelf is alwaYs noT tHink tHaT i'm dOne or satisfied on mYselF,,,so i'M aLwaYs tRy to MakE imProvEmenT to be The BeTTer and Be a Star.. nOt MoVie Star buT sTar to The beaUtiFuL sKy....


Wednesday, November 17, 2010

~...mONoloG DiRi...~

I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠)




Bermonolog atau bercakap sendiri adalah satu amalan atau perbuatan yang dipandang ringan oleh sesetengah orang. Selalu kita tengok banyak orang bercakap seorang diri. Adakah ini fenomena yang sihat or seseorang itu mengalami penyakit jiwa yang kronik? Adakah sama bercakap seorang diri dengan bercakap atau berkomunikasi dengan diri sendiri? Pada pengalaman saya, sebenarnya bermonolog ini adalah satu perbuatan yang berkait rapat dengan hati seseorang. Berbeza bila kita bercakap dengan orang lain di sekeliling kita dengan bercakap dengan diri kita sendiri.

Ada orang menyifatkan bermonolog sebagai bercakap dalam hati, pada saya ianya perkara yang sama. Namun yang membezakan nilai bercakap dengan diri bagi seseorang ini adalah perkara yang difikirkan dan tujuan dia berbicara dengan dirinya tersebut. Cara mudah nak kenal seseorang yang selalu bermonolog dengan diri dia mengenai perkara-perkara yang lebih serius dari orang lain adalah melalui perwatakannya yang lebih pendiam dan tak banyak bercakap, dan biasanya mereka lebih pintar sebab selalu melatih diri mereka untuk berfikir secara kritikal.

Ok, kita pergi dalam and serius skit...

Secara fitrahnya, hati merupakan tempat ilham daripada malaikat dan tempat was-was daripada syaitan. Oleh itu, hati jadi medan pertempuran antara akal dan hawa nafsu. Akal menyeru ke arah kebaikan, sebaliknya nafsu menyeru ke arah kejahatan yang dikenali sebagai penyakit hati. Penyakit hati yang paling ringan ialah keras hati, degil, tidak mahu menerima pengajaran dan kebenaran yang akhirnya membawa kepada kekufuran, nauzubillah la kan. Selain hati, manusia sebagai insan yang lebih mulia daripada makhluk lain juga dibekalkan dengan minda dan akal fikiran. Di manakah letaknya minda dan akal fikiran??? Adakah terletak di otak atau di hati rohani tadi???

Ada yang kata minda terletak di otak dan ada yang kata minda dikawal di hati (qalbun). Minda mempunyai tenaga tersembunyi yang membolehkannya berfungsi dengan baik. Sebagai benda hidup, ia memerlukan makanan yang seimbang dan senaman untuk terus sihat dan terhindar daripada penyakit. Makanan minda ialah ilmu yang bermanfaat dan senaman untuk minda ialah memikirkan sesuatu masalah dengan teliti (secara kritikal) untuk mendapatkan penyelesaian yang baik.

Bermonolog sebenarnya adalah satu cara yang bagus untuk melatih dan membentuk diri kita. Kadang-kadang bila kita bermonolog kita akan rasa diri kita ni lebih dekat dengan Tuhan (bagi yang Muslim la). Bagi saya, banyak sebab-sebab mengapa kita bermonolog, antaranya adalah bersyukur pada Tuhan, menilai sesuatu, dan membenci sesuatu kemungkaran dengan hati yang dikatakan selemah-lemah iman itu juga adalah salah satu sebab kita bercakap dengan diri. Kalau kita menyatakannya pada orang lain, orang tak kata pulak membenci dengan hati kan? Bagi saya sebenarnya adalah perlu untuk seseorag itu latih diri dia untuk bermonolog tentang perkara-perkara yang lebih serius, bukan cuma berkaitan dengan perasaan. Lagipun kita tak boleh selalu bergantung harap pada orang lain, ini membuatkan kita kurang matang dan susah nak berdikari.

Selalu la bermonolog dengan diri, nasihatkan diri sendiri, beri semangat pada diri sendiri, marahkan diri sendiri. Ye lah, bila kita dah besar panjang, belajar dan kerja jauh-jauh siapa lagi yang nak tolong marah kita kalau kita buat silap? Sapa lagi yang nak tegur kita kalau bukan diri kita sendiri? Nak harapkan kawan-kawan? Mereka pun dua kali lima macam kita juga. Ramai orang bercakap tentang 'Minds Power" skarang, dengan hanya kekuatan minda kita boleh melakukan anjakan yang hebat pada diri kita. Macam mana nk membina kekuatan minda kalau kita jarang bercakap dengan diri kita, tak kenal diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan. Itulah fungsi bermonolog. Dan percayalah, dengan cara bercakap dengan diri kita dapat rasa diri kita lebih dekat dengan Tuhan, berbicara dengan yakinlah bahawa Tuhan mendengar setiap keluhan dan permohonan kita dalam diri. Percaya atau tidak, anda mampu tersenyum seorang jika sesuatu yang kita usahakan itu tercapai dan membuahkan hasil..InsyaAllah...~



No comments: