~::..lost oppurtunity to meet these eye but i ♥ them ..::~


...What i kNow aBout MySelf is alwaYs noT tHink tHaT i'm dOne or satisfied on mYselF,,,so i'M aLwaYs tRy to MakE imProvEmenT to be The BeTTer and Be a Star.. nOt MoVie Star buT sTar to The beaUtiFuL sKy....


Sunday, June 5, 2011

if ada jodoh tak ke mana jugak :)

I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠)


salam.
anda percaya tentang jodoh? selalu sangat kita dengar pertemuan itu satu jodoh. tapi ada jugak pertemuan itu membuahkan perpisahan kan? mungkin ada petanda yang menunjukkan dia milik kita. tapi wallahualam. itu semua ketentuan Dia.


10 petanda dia jodoh kita


1. bersahaja - dia bersikap bersahaja dan tak berlakon. If nak kenalpasti macam mana, perhatikan cara dia berpakaian, cara dia bercakap, ketawa dan makan minum. Spontan or tak control ataupun nampak pelik. If nampak agak kurang selesa dengan gaya dia, memang sah dia berlakon dengan diri sendiri dan juga anda. TAPI if dia bersahaja dan tak buat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai..jika tak, dia mungkin BUKAN jodoh kita

2. senang bersama - tak ada rasa bosan, jemu atau tertekan pun dalam diri kita even selalu bersama. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi ubat duka kita. Dia juga akan rasa benda yang sama apa yang kita rasa. Rasa senang bila bersama. If berjauhan, rasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa. Tak kira siang atau malam, ketiadaanya terasa kehilangan dan kosong. [diingatkan ini bukan iklan meroyan] :)

...ok, seterusnya...

3. terima kita seadanya - apapun kisah silam kita yang pernah kita lalui atau lakukan, dia tidak ambil kisah. Yang penting adalah siapa diri kita sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. sentiasa jujur - dia tidak kisah apa yang kita lakukan atau dia tidak menganggu 'privacy' kita asalkan tidak menyalahi hukum agama. Kejujuran bukan benda yang boleh dilakonkan. Kawan yang bertalam dua muka pun kita dapat syak. Apatah lagi dia yang selalu bermain di fikiran kita. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Diingatkan juga, apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi sesuatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, susah untuk mengelak daripada berlaku curang. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. percaya mempercayai - setiap orang punyai rahsia tersendiri. Adakalanya, rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat ditangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka akan rasa selamat apabila berkongsi rahsia kepada kekasih berbandiang kawan-kawan yang lain. Kekasih bukan sekadar kekasih. Dia juga ibarat kawan yang rapat unutk kita. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. ^___^

6. senang bekerjasama - bagi kita yang inginkan hubungan cinta yang berjaya dan kekal dalam jangka masa yang agak panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Segala kerja yang dilkukan tak kira senang ataupun susah, perlulah ikhlas membantu dan meringankan tugas masing-masing. Apatah lagi yang masih dialam belajar. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tidak kerjasama, susah bagi kita hidup bersama dia. Ini kerana, kita yang memikul beban t/jawab 100%. Tak rasa susah ke? =,="

7. memahami diri kita - bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit, dia seolah-olah menjaga kita. Semasa kita bersedih, dia akan berusaha menjadi penghibur. Bila susah pulak, dia menjadi pembantu. Ibaratnya, dia selalu bersama kita salam apa jua situasi yang kita alami. Dia juga bersedia mengalami pasang surut. Tuhan jadikan semua berpasangan, jadi tak mustahil la if ada situasi membuatkan kita bergaduh dengan dia..hidup tak lengkap, sedangkan lidah sendiri lagikan tergigit kan?

8. tampilkan kelemahan - Nobody's perfect. Tipulah if ada orang yang mengaku dia insan yang peling sempurna dari semua perkara. Pasti ada juga kelemahan dan keburukan yang terselit dalam diri. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tak perlu nak menyimpan kelemahan dan bersedia memberitahu kita.

9. kata hati - ask for heart. Allah kurniakan kita deria keenam yang dapat mengetahui dan mehamami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat baca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi, Adakah dia benar ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. solat istikharah dan tawakkal - seperti awal coretan, jopdoh pertemuan dan juga perpisahan semuanya di tangan Allah. Kita dan dia hanya perancang. Mohonlah dan lakukan solat istikharah supaya Allah bagi petunjuk, insyaAllah dengan izinnya kita dapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tak, tolaklah dia dengan baik. Berserah dan terus berdoa.

~Nikmat dunia hanya sementara. Nikmat akhirat kekal selamanya. Andai pertemuan punca perpisahan, biarlah kematian menemukan semula. Andai kematian punca perpisahan, biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata.
http://www.emocutez.com


No comments: