~::..lost oppurtunity to meet these eye but i ♥ them ..::~


...What i kNow aBout MySelf is alwaYs noT tHink tHaT i'm dOne or satisfied on mYselF,,,so i'M aLwaYs tRy to MakE imProvEmenT to be The BeTTer and Be a Star.. nOt MoVie Star buT sTar to The beaUtiFuL sKy....


Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

emosi = delete!


I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠)

salam 1 malaysia!

sori semua. saye macam chipsmore ckit. kadang-kadang ade, kadang-kadang takde. tapi hari ni tibe-tibe je muncul nak luah something. tajuknya macam kat atas, emosi = D.E.L.E.T.E...hoho! ok. seperti kita kita semua tahu, kita mempunyai sistem berteknologi tinggi dalam diri kita. yang mane tak tahu sistem komputer tu korang cari sendiri la ape ye. tp masing-masing mesti tahu kat mane sistem diri yang ada dalam diri masing-masing. maksudnya kat sini, kita semua dapat mencari apa yang dah terkumpul dalam diri kita, and dalam masa yang sama, kita adakalanya melawan nak menghapuskan kesan tu. haha, complicated gila ayat yang ku bagi!. takpelah, ade meaning dsebalik statement ni semua. :)

ok. bercakap tentang emosi pulak. emosi negatif kita dapat kurangkan dari dalam diri kita sebaik-baiknya. kesan-kesan emosi yang melekat dalam diri kita dari semua pengalaman spiritual boleh dihapuskan seperti memadam sesuatu dari komputer.just like picta kat bawah ni ye kawan-kawan!


ok. back to the point emosi pulak. since kita punyai satu emosi yang baru, makanya ia tidak akan mencetuskan emosi yang lama dahulu dalam kombinasi satu sama lain. melainkan, something just like manusia yang mempunyai ciri yang tidak pernah puas dengan hidup yang mereka dapat sekarang. nauzubillah....ok, sekian sahaja tajuk emosi kali ni.
.
adios amigos semua! can cin cau! peace!
http://www.emocutez.com




Tuesday, December 28, 2010

.tukar emosi.

I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠)

salam 1 malaysia!
entry saye xde lah se gempaq blogger2 yg len...kalau x ske, anda di alu2kn tuk click 'x' di bhgian atas sblh knan oke? :)

Emosi atau perasaan adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kehidupan seseorang agar menjadi lebih baik dan juga sebaliknya. Terdapat 2 jenis emosi yang mempengaruhi manusia iaitu emosi positif dan emosi negatif. Contoh emosi positif adalah seperti gembira, sabar, redha, memaafkan, dan bermacam2 lagi manakala emosi negatif pula dalah seperti sedih, marah, sakit hati, dendam, kecewa dan sebagainya.

Menukar emosi negatif kepada emosi positif adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran boleh dipelajari oleh sesiapa saja termasuk Anda dan juga saya sendiri. Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar je. Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja dan ada juga yang memang x pandai langsung.

Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?

Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali anda sedar yang anda sedang berada dalam emosi negatif. Anda tidak perlu menunggu sesuatu perkara yang besar berlaku dalam hidup anda untuk berlatih menukar emosi. Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua dan bila-bila masa tidak kiralah situasi itu melibatkan anda secara lansung ataupun tidak.

Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh kalau boleh sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri anda. Anda akan dapat mengawal diri dan tindakan yang anda akan ambil respon dari situasi yang berlaku tadi. Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).

Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan. Tanggapan ini boleh jadi bermacam2 jenis. Ada yang baik dan ada yang buruk. Dalam fikiran itu, anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi anda apabila melihat sesuatu situasi.

Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta. Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.

Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.

Anda boleh lakukan perkara yang sama. Disiplinkan diri dan minda, cuba kawal emosi yang bermain di kepala Anda. Menukar emosi negatif kepada yang positif tidak susah jika anda sentiasa berada dalam keadaan yang positif. Jadilah seorang yang positif selalu. Berlatih, berlatih dan terus berlatih! Kuatkan semangat..


Wednesday, December 15, 2010

take it or leave it?


I cannot stop myself from sharing this with all of you (◠‿◠)

salam 1 malaysia!

entry saye xde lah se gempaq blogger2 yg len...kalau x ske, anda di alu2kn tuk click 'x' di bhgian atas sblh knan oke? :)

ok. hari ni ade mase ckit nak kongsi dengan korang semua. selalu duk sibuk masuk contest sana sini kan? hahaha, mesti korang cakap saye cari publisiti. oh, no.no.no...low profil je saye ni. emmm hari ni tajuknya macam ni "tiada kejayaan datang bergolek begitu aje tanpa usaha...yang penting jangan putus asa" ok, bagi sahabat-sahabat blogger sekalian alam, anggaplah perkongsian ini sesama saudara walaupun kita tak pernah bersua ok? but its up to korang semua la nak take it, or leave it! ok? :) emmm ok la, untuk istiqamah dalam hal ni dan capai keyakinan yang tinggi ada langkah-langkah dan tips-tipsnye. bukan time make-up je nak ada tips-tips tau. hee...alamak! terlebeyh sudeyh~ ok. jom terjah apa tips-tips.

1) bersyukur, bersyukur dan bersyukur. Bersyukurlah sebab ada yang masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, kita semua juga masih sempat untuk melakukan yang terbaik pada hari ni, sapa tahu lebih baik dari kelmarin? ^____^

2) tekad bermotivasi. First, kena pasang niat dalam hati yang kita semua mahu bersemangat sepenuhnya. sebaiknya, cari artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam masa seminit dua gitu..pastu awal-awal pagi, elakkan baca paper, buka emel, baca ruang gosip atau join sesi umpat-mengumpat bsama kawan-kawan. [mengumpat tu kan tak baik]. tapi ni bukan sebabnya, sebabnya akan timbul energi negatif dalam diri yang dapat halang kamu semua bermotivasi sepanjang hari.

3) dekatkan diri dengan sesi motivasi. Contohnya, ambil masa sikit tonton sesi motivasi kat tv. if taknak mengadap tv, pasang je radio..bukan ke selalu ada motivasi pendek dari prof.izzy tu.."renung-renungkan dan selamat beramal!"..haaa..motivasi ni harus dijaga sebab kalau tak jaga, ia mudah turun. kesannya, kita mudah rasa tak bersemangat, down and macam-macam lagi la. [dislike rase down]

4) dalam apa jua yang korang nak buat, harus mula dengan bismillah. Ok, let say, bila korang mula nak punch card nak masuk kerja kan. baca bismillah ok. moga dijauhkan dari bisikan syaitan yang buat korang semua lalai, mengantuk macam tak cukup cas bateri aje haa...ok. kalau student pulak, [macam saye] bermula dari masuk kelas, duduk di kerusi and buka buku. setiap perlakuan tu mula dengan baca bismillah. [jom, kita practise pasni!] yang penting niat tu nak tuntut ilmu. bila kita istiqamah semua ni, insyaAllah, peluang kita cerah untuk jadi salah seorang pelajar cemerlang! who knows rite? =)

5) set target kemajuan diri. Ok. ni harus concern! bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. betul tak? kita hanya sampai di sana, bekerja atau belajar lepas tu nanti petang balik rumah, rehat, makan, minum pastu malam tidur. esok pagi, bangun dan perkara sama tu akan berulang lagi. hidup kita ni bagai bulatan, pusing-pusing situ je kan? ok. mulai hari ni, kena ubah. set target apa yang korang semua nak capai lagi best kalau setkan untuk setiap hari. biar pi la orang nak kata kita ni skema ikut jadul harian. tapi harus korang tahu bahawa orang-orang yang pandai set target macam ni la selalu beroleh kejayaan.

6) lihat warna cerah. Warna boleh pengaruh mood kita. mesti korang semua tahu kan? tapi warna yang cerah boleh buat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. ok. contoh warna cerah : kuning, hijau, biru, merah. cara ni berkesan dan dapat buat diri korang semua lebih positif. sebab dekatkan diri dengan warna-warna yang cerah ni mampu merubah mood dan elakkan perasaan negatif. cubalah! ^___^

7) penuhkan hati dengan kemaafan. Lepaskan segala yang dulu-dulu. maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. lepaskan dendam dan sikap tak puas hati, geram, sakit hati dan sama waktu dengannya. kalaulah emosi-emosi ni pernah bersarang dalam hati even sekecil zarah ia menghalang motivasi diri kita. kesannya, korang akan jadi seorang yang tak bersemangat langsung. lebih teruk, anda jadi orang yang selalu berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

oleh itu, dari sini. kita semua harus berubah untuk kemajuan diri. berani berubah untuk kecemerlangan hidup.ok. adios amigos. can cin cau! peace!
http://www.emocutez.com